16 September 2013

MESYUARAT AJK AUEGCAS KELANTAN

Mesyuarat AJK Auegcas Kelantan telah diadakan pada 16/9/2013 di Bilik Mesyuarat JPNIN Kelantan, Wisma Persekutuan jam 11.00 pagi. 11 Jawatankuasa hadir ke mesyuarat tersebut. Turut hadir ialah Sdr. Mohd. Amidi bin Abdul Razak, Pemangku Timbalan Presiden Auegcas.

PERSIDANGAN TRI TAHUNAN KE9 DAN SAMBUTAN 50 TAHUN AUEGCAS

Persidangan Tri-Tahunan Auegcas Kali Ke9 akan diadakan di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur pada 24 - 25 September 2013.Pada 24 September 2013 akan diadakan Majlis Makan Malam Menyambut 50 Tahun AUEGCAS ditempat yang sama.

19 February 2008

PSI-Trade Union Right Network Train The Trainers Workshop






Training For Trainers Workshop


Seramai 5 orang ahli Auegcas dari lima cawangan telah menghadiri bengkel diatas pada 28/2/2008 hingga 2/3/2008 di King Park Hotel, Tawau, Sabah anjuran PSI. Mereka terdiri daripada :

1. Sdr. Mohd. Amidi Ab. Razak, S/U Auegcas Kelantan
2. Sdr. Che Ani bin Abdullah S/U Auegcas Kedah
3. Sdri. Suriati S/U Auegcas Pahang

4. Sdri. Haliza S/U Auegcas Selangor

5. Sdri. Nor Azizah bt. Zainal Abidin Auegcas WP

09 February 2008

CUEPACS KELANTAN

Konvensyen Cuepacs Ke24 bagi sesi 2007/2010 telah diadakan pada 10 - 12/12/2007 di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

03 February 2008

Dari Meja Setiausaha

AUEGCAS Kelantan telahpun aktif semula. Oleh itu diharap Pembantu Tadbir di Kelantan dapat memberi kerjasama dalam mentransfomasikan Skim Pembantu Tadbir dengan menjadi ahli AUEGCAS. Sumbangan anda dapat menolong rakan-rakan kita dan diharap mendapat balasan diakhirat kelak.

02 February 2008

Pengemaskinian Profil Ahli

Harap semua ahli Auegcas Kelantan dapat mengemaskini maklumat ahli bagi membolehkan bayaran saguhati persaraan, dermasiswa anak ahli, kematian. Harap hubungi Setiausaha di talian 012-9814305

Persidangan Tri Tahunan AUEGCAS Ke7

Persidangan Tri-Tahunan Auegcas Kali Ke7 telahpun selesai dijalankan di Nube Training Centre, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 25 - 27 Januari 2008.

6 Usul telah dibentangkan

1. Tiga MBK perlu digubal semula iaitu setiap bagi perkhidmatan awam, sains dan teknologi dan guru secara berasingan
2. Mohon JPA membuat kajian segera supaya Skim Operator Mesin yang mempunyai kemahiran teknikal dan perlu dikekalkan dan digabungkan dengan Skim Pembantu Penerbitan
3. Mohon semua Pembantu Tadbir Rendah termasuk bekas Jurutaip dipindah melalui tukar lantik perkhidmatan sebagai Pembantu Tadbir
4. Menyeru kerajaan memindahkan perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data sebagai perkhidmatan gunasama dibawah jagaan JPA supaya dapat mengurus perkhidmatan OMPD dengan lebih licin dan kemas
5. Menyeru JPA menggabungkan semua gred rendah seperti Pencari Fail dan Penghantar Notis sebagai perkhidmatan Kumpulan Sokongan Rendah dengan tanggagaji N12 dan N16
6. Menyeru kerajaan memberi 3 kenaikan kepada PPT yang dilantik secara KPSL dari Pembantu Tadbir yang sedang berkhidmat

BILANGAN KEAHLIAN

2004 - 182 orang
2005 - 189 orang
2006 - 183 orang
2007 - 185 orang

KEAHLIAN ADALAH DARIPADA PELBAGAI JABATAN
Jabatan Akauntan Negara Kelantan - 32 orang
Suruhanjaya Pilihanraya Kelantan - 1 orang
Jabatan Perangkaan Kelantan - 2 orang
BPR Kelantan - 3 orang
Bomba - 1 orang
Institut Air Negara - 4 orang
Jabatan Perikanan Kelantan - 3 orang
Pengurusan Air - 1 orang
JPS - 1 orang
Jabatan Haiwan - 1 orang
JPS Kemasin Semerak - 1 orang
Jabatan Belia dan Sukan Kelantan - 6 orang
Jabatan Pelajaran Kelantan / Sekolah / Politeknik - 17 0rang
Kastam - 1 orang
Jab. Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kelantan - 3 orang
Jabatan Tenaga Kerja Kelantan - 4 orang
Jabatan Kesihatan / Hospital / Pej. Kesihatan - 17 orang
Jabatan Imigresen Kelantan - 13 orang
Jabatan Pendaftaran Kelantan - 4 orang
Jabatan Penjara Kelantan - 4 orang
JKKP - 1 orang
Jabatan Penerangan Kelantan - 1 orang
Jabatan Penyiaran Kelantan - 1 orang
ILP Kelantan - 3 orang
JPJ Kelantan - 11 orang
Mahkamah Tinggi Kota Bahru - 3 orang
Pusat Serenti Bachok - 2 orang
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Kelantan - 3 orang
JKR Elektrik - 2 orang
Jabatan Ukur Kelantan - 1 orang
Kemas Kelantan - 2 orang
JHEOA Kelantan - 2 orang
Jabatan Arkib Kelantan - 1 orang
JKR Projek Tentera - 2 orang
JKR Kelantan - 4 orang
Pejabat Pengarah Harta Pusaka - 4 orang
Rela - 1 orang
BTN Kelantan - 1 orang