02 February 2008

Persidangan Tri Tahunan AUEGCAS Ke7

Persidangan Tri-Tahunan Auegcas Kali Ke7 telahpun selesai dijalankan di Nube Training Centre, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 25 - 27 Januari 2008.

6 Usul telah dibentangkan

1. Tiga MBK perlu digubal semula iaitu setiap bagi perkhidmatan awam, sains dan teknologi dan guru secara berasingan
2. Mohon JPA membuat kajian segera supaya Skim Operator Mesin yang mempunyai kemahiran teknikal dan perlu dikekalkan dan digabungkan dengan Skim Pembantu Penerbitan
3. Mohon semua Pembantu Tadbir Rendah termasuk bekas Jurutaip dipindah melalui tukar lantik perkhidmatan sebagai Pembantu Tadbir
4. Menyeru kerajaan memindahkan perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data sebagai perkhidmatan gunasama dibawah jagaan JPA supaya dapat mengurus perkhidmatan OMPD dengan lebih licin dan kemas
5. Menyeru JPA menggabungkan semua gred rendah seperti Pencari Fail dan Penghantar Notis sebagai perkhidmatan Kumpulan Sokongan Rendah dengan tanggagaji N12 dan N16
6. Menyeru kerajaan memberi 3 kenaikan kepada PPT yang dilantik secara KPSL dari Pembantu Tadbir yang sedang berkhidmat

No comments: